Wednesday, 31 August 2016

TANAMAN KOPI

2.0
TANAMAN KOPI


2.1
Botani Tanaman Kopi

Pokok Kopi tergolong di dalam keluarga Rubiaceae. Tanaman ini dikatakan mempunyai sebanyak 66 spesies tetapi hanya 3 spesies sahaja yang sesuai ditanam secara komersil. Spesies-spesies ini adalah Kopi Liberica, (Coffea liberica var. liberiansis), Kopi Robusta (Coffea robusta/Coffea cenephora)  dan Kopi Arabica (Coffea arabica). Bagaimanapun, hanya 2 spesies sahaja yang sesuai ditanam di negara ini iaitu Kopi Liberica dan Kopi Robusta.



2.1.1
Sifat pokok, akar, daun, bunga, buah dan percabangan tanaman kopi

Pokok
Pokok kopi adalah dalam golongan tanaman saka. Tanaman ini boleh hidup sehingga melebihi 25 tahun dan membesar sehingga kepada paras ketinggian 6 – 15 m sekiranya tidak dikawal. Bagaimanapun, bagi penanaman di ladang yang dibuat secara komersil ketinggian pokok kopi dikawal pada paras 180-185 cm dan berbatang tunggal untuk jenis Liberica manakala jenis Robusta dipelihara secara batang berganda pada ketinggian 175 cm.
Pada peringkat vegetatif pokok kopi membesar secara menegak/ortotropik (orthotropic) dan mendatar/plagiotropik (plagiotropic). Ini dapat dilihat melalui pertumbuhan batang utama dan sulur air yang dipanggil pertumbuhan ortotropik.

Di peringkat ortotropik pertumbuhan daun adalah secara bertentangan dan tersusun mengelilingi batang utama dan sulur air mananala di peringkat plagiotropik pula pertumbuhan daun adalah secara bertentangan dan sebaris.
Akar

Pertumbuhan akar pokok kopi banyak bergantung kepada kaedaan fizikal tanah, keadaan kelembapan serta taburan hujan. Bagi tanaman kopi jenis Liberica, pertumbuhan kar tunjangnya boleh mencapai sedalam 0.5-4.0 m manakala pertumbuhan akar sisi pula adalah di antara 2-3 m. Kebiasaannya sebanyak 4-8 akar sisi akan keluar daripada akar tunjang dan tumbuh secara mendatar.
Bagi kopi jenis Robusta pula, pertumbuhan akar tunjangnya adalah lebih pendek dan biasnya tidak melebihi 0.5 m. Ini diikuti pertumbuhan akar sisi yang kebanyakannya tumbuh secara mendatar diikuti dengan pertumbuhan akar rerambut dalam lingkungan 0.3 m menghala permukaan tanah.

Daun

Daun kopi biasanya tumbuh secara berpasangan. Pada batang utama daun kopi akan tumbuh secara berpasangan dan berlingkaran meneglilingi batang manakaal pada peringkat dahan pertumbuhan daun-daun kopi adalah pada satu bidang sahaja.
Bagi kopi jenis Liberica, daun yang matang berwarna hijau tua dan lebih tebal. Daun matang berukuran lebih kurang 15-30 cm x 5-15 cm dan mempunyai 7-10 pasang urat. Manakala bagi kopi jenis Robusta pula, daun yang matang mempunyai ukuran yang agak sama dengan kopi jenis Liberica, tetapi mempunyai 8-13 pasang urat manakala kedaan daun pula adalh lebih nipis dan kelihatan berkedut atau berjalur.




Bunga

Pokok kopi yang ditanam menggunakan biji benih mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang. Ini berbeza daripada anak benih yang ditanam menggunakan baka cantuman di mana ia mula mengelurkan bunga pada peringkat umur 6-9 bulan selepas ditanam. Pada peringkat umur 18 bulan, pengeluran bungan akan melibatkan 50% daripada populasi tanaman manakaal kesemua pokok akan mengeluarkan bunga pada peringkat umur 30 bulan.
Pokok kopi adalah dari jenis tidak serasi sesama sendiri. Ini bermakna pendebungaan dan persenyawaan yang baik hanya terjadi di antara bunga-bunga dripada berlainan klon sahaja.

Buah

Buah kopi jambu berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning dan merah apabila masak. Biasanya setiap buah jambu kopi mengandungi dua biji kopi beras, walaupun ada terdapat buah yang mempunyai satu biji sahaja yang dinamakan peaberry. Kopi jenis Liberica mengambil 8-13 bulan dari tarikh pengeluaran bunga untuk masak manakala kop[i Robusta pula mengambil masa antara 9-10 bulan untuk masak.

















  Bahagian Pokok Kopi




2.2
Keperluan Asas Tanaman



2.2.1
Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan tanaman

Faktor Iklim

Pokok kopi memelukan taburan hujan di antara 2000-3000 mm setahun. Dalam masa yang sama pokok kopi juga memerlukan musim kering semasa pembentukan primordia bunga bagi pengeluaran hasil yang baik. Pokok kopi juga memerlukan purata suhu di antara 18oc – 28oc serta kelembapan di antara 70-90%

Faktor Tanah

Pokok kopi boleh tumbuh dengan baik dikebanyakan jenis tanah. Ini termasuk tanah-tanah yang berasal daripada lahar, granit, shales serta batu pasir. Tanah gembur yang mempunyai bahan organik yang tinggi serta mengandungi bahan mineral yang mencukupi adalah sangat sesuai. Taanh tersebut mestilah mempunyai saliran air yang baik serta nilai pH di antara 4.5-6.5 di samping mempunyai unsur-unsur pemakanan yang mencukupi seperti nitrogen, fosforus, kalium, magnesium serta bahan organik.










2.3
Kultivar Tanaman



2.3.1

Klon dan hibrid

KOPI  LIBERICA
·         Struktur pokok paling besar dan mencapai ketinggian 9m  tanpa cantasan.
·         Tidak memerlukan lindungan.
·         Daunnya besar, berkilat dan tirus di bahagian hujung.
·         Pendebungaan jenis kacuk.
·         Buah masak berwarna kuning kemerahan tua dan masak tidak serentak serta tidak gugur dari pokok sehingga dipetik.
·         Ukuran buah ialah 2.3 - 2.5 sm panjang berbentuk bujur dan berkulit tebal.
·         Panjang biji 13 mm.
·         Nisbah buah basah dengan biji kering  ialah  10 : 1
·         Bilangan biji kering sekilogram ialah 1,760 biji.
·         Kandungan caffeine 1.4 - 1.6 %.
·         Purata hasil sehektar tanaman tunggal ialah 750 - 1,008kg

KOPI  ROBUSTA

·         Struktur pokok sederhana dan mencapai ketinggian 3 m  tanpa cantasan dan berbentuk payung.
·         Memerlukan lindungan bagi pengeluaran hasil yang tinggi.
·         Daunnya lembut dan nipis berbanding dengan jenis liberica.
·         Pendebungaan jenis kacuk.
·         Buah masak berwarna merah dan unggu dan masak serentak serta tidak gugur dari pokok sehingga dipetik.
·         Dahan kopi ini hanya mengeluarkan buah sekali sahaja pada bukunya.
·         Buah berbentuk panjang dan “diameter”  buahnya ialah 08 - 1.5 sm
·         Kulit buahnya nipis.
·         Panjang biji 8 mm.
·         Nisbah buah basah dengan biji kering  ialah  3.5 - 5.5 : 1
·         Bilangan biji kering sekilogram ialah 2,300 biji.
·         Kandungan caffeine 2.0 - 2.5 %.
·         Purata hasil sehektar tanaman tunggal ialah 1,008 - 1,254 kg.

KOPI  ARABICA

·         Struktur pokok kecil berbanding dengan jenis liberica dan robusta.
·         Memerlukan lindungan bagi pengeluaran hasil yang tinggi.
·         Daunnya berbentuk bujur telur dan tirus di bahagian hujung.
·         Pendebungaan jenis sendiri.
·         Buah masak beranika warna dari merah tua hingga ke warna merah kekuningan dan gugur dari pokok jika tidak dipetik.
·         Buah berbentuk bujur berukuran 1.5cm.
·         Nisbah buah basah dengan biji kering  ialah  6 : 1
·         Bilangan biji kering sekilogram ialah 2,200 biji.
·         Kandungan caffeine 1 - 1.5 %.
·         Purata hasil sehektar tanaman tunggal ialah  403 - 1,008 kg









Ciri-ciri Biji Kopi

Ciri-ciri
Robusta
Liberica
Bentuk buah
Bulat
Lonjong/bulat
Ukuran uah (panjang)
0.8-1.5cm
2.0-2.5cm
Bentuk biji
Lonjong
Lonjong
Ukur lilit biji
0.7-0.9cm
1.3-1.5cm
Bil. Buah basah/kg
650-1000
140-260
Bil. Biji kering/kg
6500-8000
3550-5550
% kopi beras dari jambu
18-25
8-12
Kandungan kafein %
2.0-2.7
1.4-1.53
Keasidan (pH)
5.25-5.40
5.69-5.89
Mutu
Pertenganhan
Rendah

Sumber: MARDI 1991



2.3.2
Jenis bahan tanaman

Penyediaan Benih Tanaman

Pembiakan pokok kopi boleh dilakukan melalui dua cara iaitu:
a)    Biji benih
b)    Tampang


2.4
Persediaan Sebelum Menanam



2.4.1

Benih tanaman dan tapak semaian

BIJI  BENIH

Biji benih di ambil dari pokok ibu yang sihat, matang dan subur. Pastikan buah cukup masak dan setelah dipetik ia hendaklah digunakan dalamasa 2 bulan untuk memastikan percambahan yang baik. Keperluan biji kopi untuk kawasan seluas satu hektar ialah 2kg  ataupun 4,500 biji.

A.   Penyediaan  Biji  Benih

      i.        Buah kopi yang dipilih hendaklah dipecahkan kulitnya dengan tangan ataupun mesin. Selepas itu biji-biji ini direndam selama 1 - 2 hari untuk membuang lendir dan selaput biji. Biji-biji ini kemudiannya dijemur di bawah naungan supaya embryonya tidak kering selama 5 - 8 hari. Selepas biji benih kering barulah ia disimpan.
    ii.        Biji benih yang hendak digunakan hendaklah direndam selama 24 jam sebelum disemai dan hanya biji benih yang tenggelam sahaja digunakan.

B.   Menyemai  Biji  Benih

      i.        Biji benih bolehlah disemai di atas batas semaian, kotak semaian ataupun terus ke polibeg. Ukuran polibeg ialah 15 cm x 23 cm dan tanah campuran yang digunakan ialah 1 bahagian tanah atas (top soil) : 1 bahagian pasir.
    ii.        Cara penyemaian yang dilakukan ialah dengan meletakkan bahagian yang berlekok pada biji benih menghadap ke bawah. Jarak tanaman atas batas ialah 3 cm di antara barisan dan 2 cm dalam barisan. Biji benih kemudiannya ditutup dengan selapis tanah / pasir halus setebal 1 cm.
   iii.        Batas semaian diberi 50 % lindungan dan disiram apabila perlu.
   iv.        Biji benih biasanya bercambah dalamasa 4 - 7 minggu. Anak benih akan diubah ke dalam polibeg pada peringkat kotiledon telah keluar (button stage) ataupun apabila daun kotiledon telah kembang (butterfly stage). Hanya biji benih yang mempunyai akar tunjang yang elok sahaja akan diubah ke dalam polibeg.
    v.        Anak benih yang dicabut di tanam ke dalam polibeg. Untuk memudahkan kerja menanam, lubang untuk anak benih hendaklah disediakan terlebih dahulu dengan mencucukkan kayu tajam sebesar akar anak benih.
   vi.        Penanaman di ladang ialah selepas 4 - 6 bulan disemai ataupun apabila terdapat 6 peringkat daun.


Benih Tidak Baik
Peringkat Butang / Topi

Benih Tidak Baik
Peringkat
Kupu - Kupu

Benih Baik
Peringkat Butang / Topi

Benih Baik
Peringkat Kupu - Kupu





















CARA  TAMPANG

a.    Cara Keratan

      i.        Sulur air (orthotropic shoot) atau dahan menegak yang mempunyai 6 buku sepanjang 0.5 m   dan masih hijau adalah sesuai digunakan.
    ii.        Keratan dibuat 1 sm  di atas buku dan setiap keratan mesti mengandungi 1 ruas sepanjang 4 - 7 sm. Jika digunakan bahagian pucuk, pastikan keratan mempunyai 2 ruas kerana ia masih muda dan lembut. Bahagian bawah keratan hendaklah diruncingkan bagi mendapatkan permukaan yang lebih luas untuk pengakaran. Sebahagian daun pada buku akan dipotong untuk mengurangkan perpeluhan. Jika kita kekurangan bahan tanaman maka kita bolehlah belah dua.
   iii.        Keratan hendaklah disemai ke dalam media pengakaran yang mengandungi 50 % pasir setebal 23 sm. Bahagian bawah lapisan pasir diletakkan batu granite setebal 3 - 5 sm. bagi tujuan memudahkan pengaliran air.  Naungan sebanyak 70 % sesuai untuk tujuan pengakaran keratan.
   iv.        Keratan akan berakar dalamasa 2 - 3 bulan. Keratan akan dicabut dan dipindahkan ke dalam polibeg.
    v.        Penanaman di ladang dilakukan selepas 4 - 6 bulan keratin disemai.





Keratan daun kembar

Keratan satu daun
PENYEDIAAN  KERATAN







Keratan daun kembar dibelah dua
 






Menanam keratan satu daun secara mengereng

Menanam keratan daun kembar  secara menegak
MENYEMAI  KERATAN










b.    Cantuman Baji

      i.        Pokok penanti yang berumur 3 bulan boleh digunakan. Sebaik-baiknya scion dan pokok penanti hendaklah sama besar.
    ii.        Pilih scion yang masih hijau seperti keratan yang digunakan untuk semaian keratan.
   iii.        Pokok penanti hendaklah dipotong 4 - 8 sm dari permukaan tanah dan hujungnya dibelah sepanjang 2 - 3 sm . Tunas baka hendaklah dipotong sepanjang 4 - 7 sm dan dimasukkan ke dalam belahan pokok penanti tadi dan diikat dengan parafilm ataupun pita cantuman.
   iv.        Tunas baka hendaklah ditutup dengan sarung plastik dan polibeg hendaklah diletakkan di bawah lindungan 50 % cahaya.
    v.        Apabila terdapat pertumbuhan tunas baru, sarung plastik bolehlah dibuka dan pita cantuman ataupun parafilm dipotong.
   vi.        Penanaman di ladang boleh dilakukan apabila terdapat 3 - 4 peringkat daun.




































Teknik Cantuman Baji







Penjagaan  Pokok  di Semaian

      i.        Anak-anak pokok hendaklah dibaja dengan menggunakan baja foliar ataupun baja sebatian 12:12:17:2 + TE setiap 3 minggu jika perlu.
    ii.        Semburan racun kulat dan serangga diberi 2 - 3 minggu sekali jika perlu. Rumpai yang tumbuh hendaklah dikawal secara manual.



2.4.2
Penyediaan kawasan penanaman

Kawasan ladang yang hendak ditanam dengan tanaman kopi hendaklah dibersihkan. Kerja-kerja ini termasuklah membuang dan membakar semua tunggul-tunggul kayu yang ada. Kawasan ini kemudiannya dipancang atau dibuat barisan bagi menentukan tapak tanaman dan pembarisan pokok kopi, diikuti dengan kerja-kerja membuat lubang tanaman berukuran 0.4m x 0.4m x0.4m. kebiasaanya, bagi penanaman bersama tanaman kelapa, dua barisan kopi boleh dibuat di antara barisan kelapa.


2.5
Kaedah Penanaman



2.5.1

Sistem dan jarak penanaman

Untuk mendapatkan  jarak tanaman yang sama dan teratur, kerja-kerja memancang hendaklah dibuat sebelum menggali lubang. Sistem tanaman secara tiga segi dan jarak tanaman yang digunakan ialah:

      i.        Kopi Liberica 3.0 m x 3.0 m =          1,280  pokok / hek.
    ii.        Kopi Robusta 2.5 m x 2.5 m           =          1,845  pokok / hek.
Lubang tanaman berukuran  40 x 40 x 40 sm hendaklah disediakan sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum menanam. Setiap lubang tanaman dimasukkan baja fosfat sebanyak 110 g  dan kuperam sulfat sebanyak 10 g

Keperluan Pokok Pelindung

Penanaman kopi jenis liberica atau jenis polihibrid Liberica boleh dibuat tanpa menggunakan pokok lindungan. Bagaimanapun sekiranya penanaman dibuat secara besar-besaran, penanaman pokok naungan sempadan di sekeliling kawasan ladang (wind-bereaker) adalah diperlukan.

Bagi jenis Robusta atau polihibrid Robusta  pula pokok naungan dari jenis Gliricidai, Leucaeria atau Erythrina boleh ditanam pada jarak 6m x 6m, iaitu 1 pokok naungan bagi setiap 4 pokok kopi. Bagaimanapun cantasan pada pokok naungan hendaklah dibuat supaya naungan dihadkan pada tahap 20-30 % sahaja.



2.5.2
Teknik penanaman

      i.        Tanaman Tunggal

Pokok kopi boleh ditanam secara tanaman tunggal. Tanaman boleh dibuat menggunakan jarak tanaman 3m x 3m sama dan dapat memberikan sebanyak 1280 pokok sehektar. Penanaman juga boleh dibuat tanpa menggunakan sebarang pokok lindungan.



    ii.        Tanaman Selingan Dengan Kelapa

Pokok kopi juga boleh ditanam secara selingan dengan tanaman kelapa sedia ada. Tanaman boleh dibuat menggunakan jarak tanaman 3m x 3m di mana dua barisan kopi ditanaam di antara barisan kelapa yang mempunyai jarak 9m x 9m. Sebanyak 790 pokok boleh ditanam untuk setiap hektar.


2.6
Amalan Pengurusan Tanaman



2.6.1

Jenis, kekerapan dan teknik pembajaan

Seperti tanaman-tanaman lain, pokok kopi memerlukan pembajaan yang seimbang dan cukup untuk tumbuh dengan subur dan memberikan hasil yang maksimum. Pembajaan adalah diperlukan bagi menggantikan nutrien tanah yang hilang melalui proses larut lesap, hakisan dan tuaian hasil tanaman.

Umur Pokok
(Tahun)
Tanah Lanar

Tanah Pendalaman

Tanah Gambut


Jenis
Baja
Kadar
(g/pk/thn)
Jenis
Baja
Kadar
(g/pk/thn)
Jenis
Baja
Kadar
(g/pk/thn)







0
(Lubang)
GML
CIRP
150
120
GML
CIRP
150
120
GML
CIRP + Cu SO4
200
120 + 10







1
18:11:5:2.5
Kapur (GML)
150
100
18:11:5:2.5
Kapur (GML)
200
100
18:11:5:2.5
Kapur (GML)
200
100







2
18:11:5:2.5
Kapur (GML)
250
200
18:11:5:2.5
Kapur (GML)
400
200
18:11:5:2.5
Kapur (GML)
CIRP + Cu SO4
400
200
10







3
17:8:17
Kapur (GML)
350
300
15:7:18:2
Kapur (GML)
600
300
15:7:18:2
Kapur (GML)
CIRP + Cu SO4
600
300
15







> 4
17:8:17
Kapur (GML)
500
300
15:7:18:2
Kapur (GML)
800
400
15:7:18:2
Kapur (GML)
CIRP + Cu SO4
800
400
20



2.6.2


Jenis dan teknik pemangkasan

Pemangkasan adalah diperlukan bagi membentuk pokok kopi kepada satu betnuk yang boleh menggalakkan pengeluaran hasil. Pemangkasan yang baik dapat membentuk serta mengeluarkan batang dan dahan yang cergas, mengawal pokok daripada terlalu tinggi dan mengelakkan daripada keadaan terlalu lembab yang boleh menyebabkan berlakunya serangan penyakit. Ia juga memudahkan pengutipan buah kopi jambu. Cantasan juga membolehkan kemasukan cahaya dan pembentukan buah kopi. Sekiranya pokok terlalu rimbun dengan dahan-dahan kecil dan tunas air ia akan menyebabkan pengeluaran bungan dan pembentukan buah berkurangan.

Pemangkasan  pokok kopi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

A.   Pemangkasan Pembentukan.
B.   Pemangkasan Penjagaan


A.   Pemangkasan Pembentukan.

  i.        Pemangkasan Batang Tunggal

Biasanya pemangkasan batang tunggal dilakukan untuk pokok kopi jenis Liberica di mana hanya satu batang utama sahaja dibiarkan tumbuh manakala batang/dahan-dahan sekunder akan kerluar dari batang utama ini. Semua sulur air yang keluar daripada batang utama atau batang sekunder akan dibuang.
Batang utama dibiarkan tumbuh setinggi 190 cm sebelum dicantas pada ketinggian 180 cm. Ini bertujuan menghadkan ketinggian pokok kopi pada paras 180 cm. Cara ini dapat memudahkan kerja-kerja penjagaan dan pengutipan hasil buah kopi jambu. Pemangkasan batang utama dilakukan sebanyak tiga peringkat iaitu pada tahap ketinggian 40cm, 80cm dan 180cm.











Pemangkasan Batang Tunggal




    ii.        Pemangkasan Batang berganda

Kaedah cantasan ini bertujuan untuk mendapatkan banyak batang utama supaya pokok menjadi rimbun. Kaedah ini sesuai bagi kopi Robusta kerana pokok kopi ini tidak mempunyai dahan yang banyak.

Cara melakukannya :

a.    Pokok kopi dilenturkan ke tanah apabila berumur 3 - 5 bulan selepas ditanam ataupun pokok mencapai ketinggian paras lutut.
b.    Hujung pokok / pucuk diikat samada dengan tali ataupun dipancang ke tanah dengan menggunakan kayu atau dawai.
c.    Cara melentur pokok dibuat dengan menggunakan arah yang sama supaya kelihatan kemas.
d.    Daun-daun di bahagian bawah dibuangkan dengan tujuan bagi mendapatkan pertumbuhan tunas yang baru.
e.    Tunas baru  (orthotropic shoot) akan terbentuk dalamasa 3 bulan selepas dilentur dan ia dibiarkan tumbuh sehingga mencapai ketinggian 10 cm.
f.     Tunas baru yang dipilih hendaklah yang terbentuk dalam kawasan 20 - 25 cm dari pangkal pokok induk dan tumbuh di bahagian atas batang.
g.    Hanya 4 tunas sahaja dibiarkan tumbuh dan selainnya dicantas.
h.    Batang yang dilenturkan ke bawah kemudiannya dipotong kira - kira 30 sm dari pangkal apabila tunas tumbuh 15 - 20 cm.  Pastikan batang ini tidak tegak kembali.
i.      4 tunas baru yang dipilih tadi hendaklah dibiarkan tumbuh dan berbuah selama 3 - 4 tahun.
j.      Jika pokok tumbuh terlalu tinggi adalah disyorkan pokok ini dicantas pada paras ketinggian 2 m.
k.    Apabila pokok mencapai masa 5 - 6 tahun selepas ditanam pokok perlu dipotong semula  (pollarding) di mana 3 dari batang asal pokok kopi dipotong dan ditinggal hanya 1 dahan sahaja sebagai “breather” untuk mengurangkan kejutan semasa “pollarding”.
l.      Banyak tunas baru akan tumbuh semula seperti sebelum ini dan pilih hanya 4 batang yang tumbuh agak jauh dari bekas potongan dan sama jarak di antara satu sama lain.
m.   Apabila tunas mencapai ketinggian 20 - 30 sm. tinggi pokok “breather” dipotong.
n.    Adalah disyorkan “pollarding” tidak dilakukan serentak pada semua pokok untuk tujuan supaya ladang boleh mengeluarkan hasil yang sedikit.



  1. Peringkat awal penanaman di ladang


2.    Lenturan selepas 3 - 5 bulan penanaman di ladang


3.    Cantasan batang utama selepas 6   - 8 bulan penanaman di adang


4.    Tunas - tunas yang baru dibiarkan tumbuh dan menghasilkan buah


5.    Apabila batang melebihi 200 sm tinggi, cantasan pucuk   ( topping )  dilakukan

6.    Satu batang ditinggalkan untuk berfungsi sebagai “breather”

7.    Pilih 4 mata tunas baru dengan jarak yang sesuai. Apabila tunas - tunas Ini mencapai 20 - 30 sm. Tunas “breather” bolehlah dicantas

8.    4 tunas baru dibiarkan tumbuh untuk mengeluarkan buah
 

































































B.   Pemangkasan Penjagaan

      i.        Tujuan membuat cantasan ini ialah untuk membuang dahan-dahan yang mati, berpenyakit dan tunas-tunas mati.
    ii.        Tunas-tunas air dibuang sebulan sekali semasa peringkat muda dan dua bulan sekali pada peringkat matang.
   iii.       

KOPI  LIBERICA


KOPI  ROBUSTA
Pada kopi Liberica, batang utama hendaklah berada jauh dari cabang utama dengan jarak 15 sm. dan kedudukannya adalah berselang - seli.
































Pembentukan dahan primer dan sekunder yang ideal. Pandangan dari atas menunjukkan tunas ataupun dahan sepanjang 15 sm. dari batang utama.
 













Tunas - tunas yang perlu dicantas termasuklah :-

a.    Tunas yang yumbuh ke dalam
b.    Tunas yang tumbuh ke bawah
c.    Tunas yang patah / mati
d.    Tunas yang tumbuh memanjang dan melempai
e.    Tunas yang tumbuh pada sudut tepat .
f.     Tunas air

 











2.6.3

Jenis, simptom dan kaedah kawalan perosak

PEROSAK

KESAN  SERANGAN

KAWALAN

1.    Kupu – Kupu Kopi

Cephonodes  hylas

·         Larva menyerang daun - daun  dan mengakibatkan daun gugur

·         Semburan racun BHC ataupun dieldrin yang mengandungi 0.1 % b.a.
·         Pungut larva dan musnahkannya.
2.    Teritip

Coccus  viridis

·         Ia menghisap sel pada pokok - pokok muda, daun muda, tangkai tulang daun, ranting - ranting masih muda, tangkai muda dan buah
·         Pokok terencat
·         Bahagian yang kena serang akan layu dan mati.
·         Serangga ini mengeluarkan madu yang menarik minat semut
·         Semburan dengan Abolinium White Oil pada kadar 1 bahagian dicampur dengan 50 bahagian air  ataupun semburan racun dieldrin  0.1 % b.a. untuk mengawal semut.

3.    Kumbang Pengorek Buah

Cryphalus  hampei

·         Kumbang menebuk buah, dahan dan batang pokok.
·         Kumbang ini bertelur pada buah tua dan muda
·         Larva memakan tisu - tisu  buah mengakibatkan buah bertukar menjadi hitam, reput dan gugur.
·         Pungut buah yang masak dengan segera dan pusingan kutipan mestilah cepat.
·         Jika serangan teruk, kutip dan musnahkan semua buah yang telah diserang termasuklah buah yang masih elok.
·         Samada di atas pokok ataupun di atas tanah dalam jangkamasa 2 - 3 bulan. Sembur racun endosulfan pada kadar 0.1 % b.a.
4.    Ulat Pengorek Batang

Zuezera  coffea

·         Larva mengorek dahan dan batang pokok dan mengakibatkan saluran makanan tersumbat, akhirnya pokok mudah patah dan mati
·         Dahan yang diserang handaklah dipangkas dan dibakar.
·         Sembur racun BHC  2.0 % b.a. ke dalam lubang serangan.
5.    Beluncas

Pasara  lepida

·         Pada peringkat awal larva akan memakan permukaan daun.
·         Kemudian larva memakan semua daun mulai dari bahagian tepi daun.
·         Sembur racun malathion, trichlorphon ataupun endosulfan pada kadar 0.1 % b.a.

6.    Musang
·         Biji kopi yang dimakan oleh musang akan dikeluarkan dalam bentuk bulat tanpa kulit.
·         Bersihkan kebun dan kawasan sekeliling kebun.


2.6.4
Jenis, simptom dan kawalan penyakit

PENYAKIT
KESAN  SERANGAN
KAWALAN



1.    Karat Daun

Hemileia  vastatrix







·         Terdapat bintik - bintik daun berwarna jingga.
·         Permukaan bawah daun diliputi oleh sejenis spora seperti tepung.
·         Warna daun bertukar menjadi perang dan kemudian gugur.

·         Semburan racun cuprous oxide selang 2 - 3 minggu pada permulaan dan musim hujan.



2.    Reput Akar Perang

Phellinus  noxius

dan

Reput Akar Putih

Rigidoporus  lignosus

·         Merebak daripada pokok -   pokok lindungan dan kawasan yang asalnya tanaman getah.
·         Menyerang bahagian akar.




·         Gunakan pokok lindungan yang sihat dan bersih daripada penyakit.
·         Adakan saliran yang baik dan lindungan yang tidak terlalu tebal.
·         Gali parit di keliling pokok dan sapukan racun Calixin, Fomac 2, Fometec atau Fomocide pada pangkal akar dan bahagian yang diserang



3.    Hawar Bebenang

Corticium sp.





·         Serangan berlaku di kawasan lembab.
·         Pada peringkat awal serangan, terdapat jalinan bebenang kasar berwarna gelap melekat pada batang memanjang hingga ke ranting.
·         Peringkat seterusnya, jalinan ini merebak ke arah kiri dan kanan seperti sarang labah - labah hinggalah ke permukaan bawah daun dan menyelimuti buah - buah hijau.
·         Daun dan buah yang diserang akan menjadi hitam dan gugur tetapi ianya bergantungan dan dibaluti dengan bebenang.
·         Jika dibiarkan, ranting dan seluruh pokok akan mati.
·         Pangkas dan musnahkan bahagian yang diserang.
·         Semburan dengan racun cuprous oxide selang 2 minggu sekali sehingga 3 - 4 kali.



4.    Bintik Berpusar

Colletotrichum coffeanum







·         Menyerang buah kopi hijau di setiap peringkat tumbesaran. Tanda - tanda bintik hitam terdapat pada kulit kopi yang mana akan menjalar masuk ke dalam biji. Dan menyebabkan buah menjadi kering.
·         Pangkas dahan yang berpenyakit.
·         Sembur dengan racun Benomyl ataupun Captafol selang 3 - 4 minggu sekali.






2.6.5

Jenis dan kaedah kawalan rumpai

RUMPAI
KESAN  SERANGAN
KAWALAN
1.    Rumpai jenis rumput daun lebar dan rusiga
·         Rumpai bersaing dengan tanaman untuk air, nutrien dan cahaya serta menjadi perumah kepada penyakit dan perosak serangga.




2.7
Peringkat Kematangan dan Kutipan Hasil



2.7.1

Indeks kematangan

Buah kopi jambu berwarna hijau tua di peringkat buah muda. Warna ini bertukar menjadi kuning dan merah apabila cukup masak dan sangat sesuai untuk dipetik.

Bagi memastikan mutu biji kopi yang diproses adalah berkualiti tinggi, pengutipan hasil hendaklah dibuat dengan hanya memetik buah-buah kopi jambu yang berwarna merah dan cukup masak sahaja. Elakkan daripada memetik buah-buah yang masih hijau, separuh kuning atau memungut buah-buah kopi yang berwarna hitam. Cara ini akan menjamin mutu beras yang dikeluarkan baik dan seragam.


2.7.2
Pengutipan hasil

Pokok kopi mula mengeluarkan bunga pada umur di antara  2.5 - 4  tahun. Pengeluaran hasil yang pertama dari pokok yang subur ialah selepas 3 tahun pertumbuhannya. Masa yang diambil dari mula berbunga sehingga peringkat buah masak  berbeza di antara jenis kopi iaitu :-

·         Kopi  Liberica                        =          8 - 13  bulan
·         Kopi  Robusta                       =          9 - 10  bulan 

Hasil kopi sentiasa boleh dipungut jika sekiranya hujan turun sama rata sepanjang tahun. Dua musim pungutan yang tinggi ialah pada bulan  Mei - Jun dan bulan Dis - Feb.  Buah yang masak berwarna merah. Elakkan memetik buah yang masak tidak seragam bagi tujuan mendapatkan mutu hasil yang tinggi. Buah kopi yang dipungut boleh dijual secara basah ataupun diproses terlebih dahulu.


2.8
Lepastuai dan Pemasaran



2.8.1

Pengumpulan buah

Sekiranya pemprosesan tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab kekurangan tempat jemuran atau sebagainya, buah kopi jambu tersebut hendaklah direndam di dalam air ataupun di simpan di dalam bilik sejuk sekiranya penangguhan tersebut memakan masa yang lama.

Kopi beras yang telah dikeringkan boleh tahan disimpan untuk tempoh setahun. Bagaimanapun penyimpanan hendaklah dibuat di dalam stor yang terlindung dari hujan dan di alas dengan pangkin supaya sentiasa di dalam keadaan yang kering. Stor penyimpanan yang lembab boleh mengakibatkan biji kopi bercendawan dan seterusnya menjejaskan mutu biji kopi.



2.8.2

Penggredan

Buah-buah kopi yang telah dipungut hendaklah diproses secepat mungkin bagi menjamin mutu biji kopi. Ini bermakna buah-buah kopi jambu yang telah dipungut hendaklah terus dijemur di tapak jemuran dan tidak membiarkannya berhujan atau berpanas yang boleh menyebabkan kerosakan serta menjejaskan perisa kopi.



2.8.3
Pemprosesan kopi beras

Terdapat dua cara untuk memproses kopi iaitu :-

A.   Cara Kering.
B.   Cara Basah.

A.   Cara Kering


Cara ini biasanya dilakukan oleh pekebun - pekebun kecil kopi kerana kaedah ini tidak memerlukan modal yang banyak. Dengan kaedah ini buah - buah kopi yang telah dipetik dijemur pada cahaya matahari ataupun menggunakan mesin pengering sehingga kering. Setelah kering ia dimasukkan ke dalam mesin lain untuk di buang kulitnya.


Amalan yang biasa diamalkan oleh FAMA adalah seperti dalam Rajah di bawah.

BUAH  JAMBU  KOPI

MEMECAH  KULIT  JAMBU  KOPI

MENGERING / MENJEMUR

MENGASING  KULIT  KOPI  BIJI

MENGANGIN

MENAPIS

SERBUK KOPI / KOPI BERAS

Copy By : INSTITUT PERTANIAN AYER HITAM,JOHOR.
















 

















B.   Cara Basah


Kaedah ini biasa dilakukan oleh pengilang-pengilang besar dan kaedah yang dilakukan adalah secara berperingkat - peringkat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.


PEMBUANGAN  KULIT  BIJI

PENAPAIAN

PENGERINGAN

PENGAWETAN











No comments:

Post a Comment